Wednesday, March 18, 2009

Kejujuran..


Kadang-kadang benda datang kita tak undang... Kadang-kadang benda pergi tanpa kita duga.. Senang cerita segala benda yang menimpa diri kita ni,kita kena terima dengan hati yang terbuka dan tabah.. Tetapi aku kesal.. bila benda yang tak duga tu datang dan boleh menceriakan dan merubah hidup aku kembali normal.. ada je benda yang boleh buat aku rasa "shit!".. Aku harapkan kejujuran dalam segala benda yang terjadi.. tetapi dalam kejujuran yang diserlahkan.. ada juga terselit penipuan yang tak aku duga.. kenapa perlu ada penipuan?? kenapa tak jujur.. aku tak marah.. tapi aku frust...cukup la untuk masa lampau aku dulu.. biarlah sekarang segala penipuan tu jadi sejarah je dalam hidup aku.. biarlah kejujuran pula yang hadir menceriakan hidup aku..

Tuesday, March 17, 2009

Dak Cik yang gemok...

Dak Cik yang selalu jadi penghibur hati aku...



Dak Cik after the 1st month of taking him home

with me n my busyuk masyam

Dak Cik

Rasanya macam nak tukar handphone baru...nak upgrade dgn yang ni....

E71

tapi x de budget lagi...ermmmm.... :(
Hurmmmm.. benci la.. bosan bosan dok ofis ni... ini la benda-benda yang suka berkeliaran.. suka sangat berfikir.. aku memang daripada dulu lagi suka berfikir.. aku merupakan ahli fikir.. dan aku juga seorang penyiasat.. suka menyiasat benda yang kurang pasti seperti pembohongan yang terserlah dan juga perkara perkara yang kurang dapat diterima akal.. hehehe..





Monday, March 16, 2009

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..
Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu! !
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ... Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat ibuku
Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu...... ..Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila... ..Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan :-
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah" Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluhringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, al-fatihah, al-fatihah.
KADANG-KADANG KITA LEKA DENGAN DUNIA DUNIAWI DAN TERLUPA SESEORANG YG AMAT PENTING DALAM HIDUP KITA...IBU!!!
KALAULAH BOLEH KEMBALI PADA MASA LALU...AKU INGIN ANAK YG TERBAIK UNTUK IBU DAN AYAH....
I MISS MY MUM SO MUCH.... :(