Monday, December 29, 2008

Reality

janganlah kau angkuh melaungkan...
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau pun sekeping hati seorg insan
tidakkah kau sedar hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki
manusia pandai berpura
berlakon diatas pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada yg empunya
tentang perasaan yg bergolak didlmnya
tidakkah kau sedar
mungkin sidia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung disebalik perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
disebalik sejuta alasan
dan kau begitu jujur setia n menyintainya
sehingga terlupa hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki
sesungguhnya
"aku tidak pernah memiliki dirimu...
dan kau tidak pernah memiliki diriku..."
mengertilah
kita sbnrnya kepunyaan
Yang Maha Esa
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
Kecuali Dia
Dia mengasihi Hambanya
Dia memiliki Hambanya
Dan ke pangkuan dia kita kembali

0 Comments:

Post a Comment